RABIATUL ADAWIYAH
Rabiatul
Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah.
Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun
sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah,
akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan
menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah
Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan.
Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang
merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya
hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat
ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan
suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk
dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari
dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf
dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah
seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi
dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga
diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja
disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah
kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular
tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia
tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila
raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa
kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke
arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan
supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja
melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau
terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih
ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan
raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih
kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi
peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang
ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah
berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada
suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin
pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak
menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan.
Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia
mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi
keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan
pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi
mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan
bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu
bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia
tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang
membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja
menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila
orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu,
Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi
orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada
orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat
sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri
itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip
mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan
kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa
terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah
lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul
Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi
fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada
Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]
No comments:
Post a Comment